.::esOk bermuLanya jaduaL Baru::.  

Monday, April 2, 2012

Salam..

Hari ni cuti..cuti perayaan cheng Ming.dan aku hanya di rumah sahaja,tak ke mana-mana pun..lagipun nak ke mana je,sorang2..tambahan lagi plan untuk minggu ne dan minggu2 seterusnya belum ada lagi. Belum coret-coret lagi. Haha semalam kan cuti. Awal paginya cadangnya nak pergi joging dengan housemate. Jalan kaki hinggga ke lrt Universiti, lepas tu amik lrt ke Taman Jaya. Berjoging di sana. Memang baekk punya plan kan??Sekali, hampeeehh..hukhuk. Memang salah aku pun. Tak sedar diri melayan novel yang baru dibeli. Kul 4.30pagi baru lesai baca novel. Paginya memang tersedar awal tapi bila pikir2,aku tak cukup tido,mau berjoging..kang tak pasal2 pengsan time joging. Sebabnya tak cukup tidur. Nak menempah bala ke??Taknak la aku. Memang tak pernah aku pengsan pun lagi,dan memang aku tak mau yang tu terjadi kat aku..So, cancel joging pagi tu..Rehat kat umah je berdua dengan housemate..And, petangnya,nak tau apa yang kitorang buat??Haha..belum apa2 dah gelak dulu. Petangnya kitorang pasang vcd..Masing2 ambil tempat..And kitorang tiru apa yang dalam vcd tu..Nak tau apa kitorang buat??haha kitorang buat reggae exercise..eh betul ke ejaan reggae aku tu??lupe la camne eja nya..Frankly speaking aku pernahlah buat exercise ne mase dulu2,senaman aerobik dulu. Tahu beberapa step tapi kena la ada instructor di depan. Huhu..Tapi aku tak tau la pulak namenye reggae. Baru ku tahu..

Dan, untuk pengetahuan esok bermulanya jadual aku..sudah ada jadual baru untuk mengajar. 2 bulan lebih la baru kitorang dapat jadual. Tunggu sehingga gstt tamat perkhidmatan diorang, baru kitorang diberi jadual baru. Tahu ke gstt tu apa??guru sandaran tidak terlatih la..Diorang habis hujung bulan 3. Kiranya selama tempoh 2bulan lebih tu bolehlah dianggap sebagai bulan honeymoon kitorang. Sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, dengan guru-guru,murid-murid..Ya, tempoh itu mungkin agak lama bagi sesetengah orang untuk berhoneymoon kannn??Mungkin jugak tempoh yang singkat untuk mengenal sesuatu yang baru..depends on you..

And, untuk ingatan juga,whether this week or next week i'll have an observation by penyelia petang. Dengan kata laennya pencerapan..Untuk sesaat aku termangu..1st time dengar perkataan ne aku tak tau apa maksudnya. Apa tu pencerapan??takde pun dalam vocab aku. At last baru ku tahu..Rasanya dah lama aku tak dapat vocab yang baru..Kena banyak membaca lagi bagi memperkayakan perbendaharaan kata aku ne..Aku amat jeles dengan mereka yang bahasanya, bual bicaranya, akal fikirannya yang mencerminkan keperibadiannya yang tinggi. Santun bicaranya..Tak macam aku yang tunggang terbalik. Huhu. Ok. Full stop.

AddThis Social Bookmark Button


.::di kampunG#1::.  

Monday, March 12, 2012

Ok, sekarang ne cuti sekolah.Dah memang pun cuti sekolah, aku for sure la mestilah dah ada kat kampung.Sunyi je bila ada kat kampung..kat kampung pun sunyi, kat rumah pun sunyi. Penghuninya cuma 4 orang..abah,ma, mok(nenek sebelah ma) dan adik yang bongsu.Ditambah aku seorang jadi la 5..Tengok angka rasa macam ramai jugak bila kumpul ye, boleh wat gempak tapi kat umah ne takdela macam tu. Masing-masing ada port tersendiri..Yang cuma boleh dengar ialah Hot fm..Seluruh isi rumah ne boleh dengar Hot fm..Maklumlah tu je lah yang boleh menghiburkan hati, yang boleh melayan..Nak tengok tv tak boleh on, dah rosak sebab dah lama tak bukak..Sambil layan lagu, pilih2 majalah, novel di rak. Dah dapat apa yang nak, landing kat sofa. Mata ngadap buku. Habis 2 novel, bila novel ke-3 mata makin tutup..layan zzzzzz la jawabnya..

Ok, sekarang ne hujan kat umah. Dari tengah malam tadi menyambung ke pagi ne..pagi ne apa sarapan??Ok, teh o dah ada kat meja makan,cuma makannya kena ambil sendiri la..pandai-pandaila cari makan..Buka peti ais, tengok ada pauh lemak yang dah siap berhiris..Apa lagi, capai yang tu la..Ai, pagi2 dah makan asam,ma tegur..Takpe ma,bukan masam pun..Pinggan pauh tu bawak ke ruang tamu..capai paper,dengan tangan sebelah lagi capai pauh..Hot fm masih berkumandang di sisi..Wah,mantap..3 perkara dalam satu masa..Mata membaca paper,mulut mengunyah pauh,telinga mendengar radio..Ala, apa nak diherankan..pompuan..Pompuan boleh fokus lebih dari 1 perkara dalam 1 masa..tak sama ngan laki yang hanya boleh fokus 1 perkara saja pada satu masa..Apa kaitan ngan laki plak ne??Sori, takde kaitan apa2,cuma teringat apa yang dibaca semalam..

Ok, sekarang ne dah hampir kul 10 pagi. Ma dah panggil suruh bungkus ketupat..ap2 pun, saya pergi bungkus ketupat dulu la sebelum sambung ne lain kali..

Ok, saya gerak dulu..

AddThis Social Bookmark Button


.::alreaDy 26::.  

Sunday, February 26, 2012

i just want to say
"i'm already 26 years old.."

many things 2 share
but
i'm not in d mood 4 sharing
not now...

mayb next..

AddThis Social Bookmark Button


.::ranDom::.  

Friday, January 27, 2012

Salam..sepanjang 2 minggu ni macam-macam perkara berlaku. 16hb yang lepas aku dah pergi PPD untuk ambil memo penempatan dan terus ke sekolah untuk lapor diri. dah dapat tahu pun sekolahnya, area PJ..sekolahnya besar dengan bilangan muridnya 3ribu lebih. sekolah tu ada sesi pagi dan sesi petang. masa lapor diri, baru aku tahu rupanya ada 12 guru baru yang lain yang sudah lapor diri. jadi semuanya 13 orang termasuk aku. terlebeyyy sudah gurunya..maklumla yang di kalangan 13 tu, Malay nye 7 orang termasuk sorang ustaz. Dia dah tak apa sebab sekolah tu memang perlukan ustaz,guru agama. Yang 6 orang lagi termasuk la aku ne optionnye BI. memang ramai la kan?? so, yang tu, urusan pihak atasan, jadi tak nak la kacau ye. biar diorang uruskan..kitorang kena bagi dokumen, sijil2 kepada pihak sekolah.

menurut GB, sepanjang minggu tu semua yang baru datang sesi pagi..penempatan semula, 1hb ne baru tau samada stay situ ataupun sekolah lain. kata GB lagi, sekolah sebelah (sekolah kebangsaan), diorang tak cukup guru BI lagi 4 orang. so maybe ke sebelah atau pun mana2 ikut pihak atas. tapi, aku selepas 2 hari, kena sesi petang. yang lain (yang malay) semuanya pagi. kiranya aku ne dah tetap dah kat sekolah tu la..tapi tak tahu la kot2 ada berubah lagi. yang lain tak sure lagi.oh ya, aku ne sebenarnya ngajar di SJK(c)..

Aku di area PJ. sepanjang seminggu persekolahan tu, aku tumpang di rumah akak kerani sekolah tu. sementara mencari umah sewa, dapat umah sewa ke bilik sewa ke, tumpang umah akak dulu.kesian kat akak kerani tu sebab aku dia balik lewat.aku takde transport.dia kejenye kul 8-5pm..pagi2 aku turun sekali ngan dia walhal aku sesi petang.duk di sekolah tu sampai la ke sesi petang. petang, akak tunggu aku plak sampai habis sekolah.kesian, letih dia dengan jalan jam lagi..tak seronoknya nyusahkan orang. kena cari umah sewa cepat2 dan tak mau nyusahkan orang lain lagi..lagipun kak na tinggal ngan adik laki. tak elok la lame2 tinggal sana..

sedang berusaha mencari umah/bilik sewa. tak kisah mana2 pun asalkan senang transport nak pergi balik sekolah..

seminggu sekolah, seminggu lepas tu jugak cuti sekolah sempena Tahun Baru cina..aku balik kampung. memang la tiket bas dah takde, tapi aku balik tumpang abang sepupu. lagipun ma abah lum balik lagi, diorang tunggu gerak sekali ngan aku. so, lepas je habis sekolah petang jumaat tu, terus je pulang..jalan jam memang tak usah cakap la..ngan orang baru balik keje, ngan orang nak balik kampung, ngan hujannya..

ne dah seminggu aku di kampung. di umah kampung pun, agak bz..akak masuk wad coz demam.dah seminggu la jugak dia masuk wad. aku bergilir-gilir ngan abah, ma n adik yang di kedah(dia pun cuti jugak, tapi dah pegi tempat dia pun rabu lepas) teman, jaga akak. dan, ne merupakan 1st time aku menjaga orang sakit di wad dan bermalam di sana..sebelum ne mana ada..

dan, 3 hari lepas jugak laptopku wat hal..balik pagi dari hospital adik bagitau laptop ada problem, tak boleh bukak windows..try tengok, memang pun.asyik restart je..windows nye tak boleh bukak..so, bawak pegi kedai la..dan semalam udah ambil..RAM nye rosak..so, install RAM n backup data la..sekarang ne disk c dah tak boleh guna, yang D je yang boleh guna..laptop ne pun memang dah lame..rasenye dah 5tahun kot..byk yang rosakknye..tapi harap2 boleh bertahan lama lagi la laptop ne..saya sayang kamoo..

anyway, saya dah beli tiket bas nak g sana plak..dah nak habis pun cuti nye..kejap je, rase macam tak puas..ape pun, memang kena gi sana jugak..

rasenye belum terlambat tuk saya ucapkan

Happy Chinese New Year tuk kalian yang merainya
Congratulation tuk kalian yang baru melangkah ke alam pekerjaan
Happy Wedding Day tuk kalian yang menamatkan zaman bujang
dan tak lupa juga buat akak,moga cepat sembuh..

all for uols...

AddThis Social Bookmark Button


.::biLa nak Tau sekOlah?::.  

Friday, January 13, 2012

Esok pagi dah nak gi selangor. Tapi still penempatan sekolah tak tau lagi. Katanya sama ada petang ne ataupun pagi esok. Petang tengok, malam pun tengok tapi takde pun lagi. Esok ke??tak tau la..Entah-entah pagi Isnin baru tau..rasa macam tak nak tengok dah tapi kena jugak usaha diri untuk tengok. Kalau tak, ternganga, tercongak-congak aku seorang diri nanti..ish tak mau la aku..

Pagi esok aku naik bas kul 10pagi dari Pasir Puteh--->>Kajang dengan ma abah. Ma abah teman aku tumpang rumah saudara sebelum tahu sekolah mana dan cari tempat tinggaluntukku. Pagi tadi beli tiket. Mula-mula aku fikir nak naik bas malam je, Sabtu malam. Tapi, abah cakap dia lebih suka naik bas siang hari. Katanya boleh tengok pemandangan. Sampai sana pun awal. Malam tu boleh rehat-rehat. Lagi satu, malam-malam sejuk, terasa nak buang air je. Dah kata macam tu, so decide naik bas pagi la. Aku tak kisah sangat..

So, agak-agak bila la boleh tau sekolah tu ye?? Kalau dah tau daerah mana pun buat masa sekarang pun ok jugak. Boleh la buat penenang jiwa..huhu.no hal la..

Moga perjalananku selamat dan segala urusanku dipermudahkan olehNya. Amin..

AddThis Social Bookmark Button


.::saya dapaT seLanGor::.  

Tuesday, January 10, 2012

alhamdulillah
akhirnya penempatan dah boleh tau..
Saya boleh...SELANGOR..
tapi sekolah tak tau lagi,kena fon JPN Selangor la..

wokeh,ape2 info saya update kemudian..
kena fon yang berkenaan dulu nak tau sekolah kat mane..
dan,
tahniah kepada membe2 dan semua yang dapat posting 2..

k bubye..
salam,peace no war :-)

AddThis Social Bookmark Button


.::saya Tahu, saHabaT::.  

Monday, January 9, 2012

saya tahu, sahabat
sahabat semua sedang menanti keputusan tu
di mana,bila
akan sahabat dapat mula menyemai bakti

saya tahu, sahabat
sahabat semua sedang ternanti-nanti
dari mula dapat khabaran itu
petang, menganjak ke malam
menanti bila ia diumumkan

saya tahu, sahabat
sahabat semua dah tak sabar menanti
perkhabaran itu dengan degupan jantung
dan hati yang tak tenang

tapi,
saya tahu, sahabat
sahabat semua akan menanti dengan penuh sabar
kerana saya juga sedang menantikannya
dengan penuh sabar

p/s: same2 la kita menunggu result posting kuar ye??hehe

AddThis Social Bookmark Button


.::eGokah saya?::.  

Monday, January 2, 2012

"salam xy.
sory
xx tak dapat teman xy 2,3 hari ne.
xx demam,kat kg lg ne.."

baru dapat mesej ne..lepas 2hari tanpa khabar baru dia mesej..sepanjang 2hari 1mesej pun takde..awak ingat saya tak risau kan awak ke??saya tau ada sedikit rasa tak tenang antara kita sebelum ne..saya mengaku saya yang mencipta suasana tu..

saya tak tau nak balas ke tak..tak boleh ke awak mesej saya awal bagitau yang awak tak sihat??
sepanjang awak tak mesej, saya tekadkan taknak mesej awak jugak..ye,saya memang menantikan mesej awak,perhatian awak..tapi, saya..

egokah saya?? tinggikah ego saya ne??

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster