.::esOk bermuLanya jaduaL Baru::.  

Monday, April 2, 2012

Salam..

Hari ni cuti..cuti perayaan cheng Ming.dan aku hanya di rumah sahaja,tak ke mana-mana pun..lagipun nak ke mana je,sorang2..tambahan lagi plan untuk minggu ne dan minggu2 seterusnya belum ada lagi. Belum coret-coret lagi. Haha semalam kan cuti. Awal paginya cadangnya nak pergi joging dengan housemate. Jalan kaki hinggga ke lrt Universiti, lepas tu amik lrt ke Taman Jaya. Berjoging di sana. Memang baekk punya plan kan??Sekali, hampeeehh..hukhuk. Memang salah aku pun. Tak sedar diri melayan novel yang baru dibeli. Kul 4.30pagi baru lesai baca novel. Paginya memang tersedar awal tapi bila pikir2,aku tak cukup tido,mau berjoging..kang tak pasal2 pengsan time joging. Sebabnya tak cukup tidur. Nak menempah bala ke??Taknak la aku. Memang tak pernah aku pengsan pun lagi,dan memang aku tak mau yang tu terjadi kat aku..So, cancel joging pagi tu..Rehat kat umah je berdua dengan housemate..And, petangnya,nak tau apa yang kitorang buat??Haha..belum apa2 dah gelak dulu. Petangnya kitorang pasang vcd..Masing2 ambil tempat..And kitorang tiru apa yang dalam vcd tu..Nak tau apa kitorang buat??haha kitorang buat reggae exercise..eh betul ke ejaan reggae aku tu??lupe la camne eja nya..Frankly speaking aku pernahlah buat exercise ne mase dulu2,senaman aerobik dulu. Tahu beberapa step tapi kena la ada instructor di depan. Huhu..Tapi aku tak tau la pulak namenye reggae. Baru ku tahu..

Dan, untuk pengetahuan esok bermulanya jadual aku..sudah ada jadual baru untuk mengajar. 2 bulan lebih la baru kitorang dapat jadual. Tunggu sehingga gstt tamat perkhidmatan diorang, baru kitorang diberi jadual baru. Tahu ke gstt tu apa??guru sandaran tidak terlatih la..Diorang habis hujung bulan 3. Kiranya selama tempoh 2bulan lebih tu bolehlah dianggap sebagai bulan honeymoon kitorang. Sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, dengan guru-guru,murid-murid..Ya, tempoh itu mungkin agak lama bagi sesetengah orang untuk berhoneymoon kannn??Mungkin jugak tempoh yang singkat untuk mengenal sesuatu yang baru..depends on you..

And, untuk ingatan juga,whether this week or next week i'll have an observation by penyelia petang. Dengan kata laennya pencerapan..Untuk sesaat aku termangu..1st time dengar perkataan ne aku tak tau apa maksudnya. Apa tu pencerapan??takde pun dalam vocab aku. At last baru ku tahu..Rasanya dah lama aku tak dapat vocab yang baru..Kena banyak membaca lagi bagi memperkayakan perbendaharaan kata aku ne..Aku amat jeles dengan mereka yang bahasanya, bual bicaranya, akal fikirannya yang mencerminkan keperibadiannya yang tinggi. Santun bicaranya..Tak macam aku yang tunggang terbalik. Huhu. Ok. Full stop.

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster