.::...aWard...::.  

Thursday, June 4, 2009

ku kat cc ne..
br hr ne ak smpat nk jenguk ape2..email,friendster, blogku n blog kengkawan
xleh nk jenguk sume
coz jap lg ak udh nk blik..
xbest le update kat cc
kna psg tenet ne kat umh..
tp mcm xsmpat je...
hmm tgk le dlu cmne...

hmm..atas tu ku dapat friendship award dr waNiey..
thank you waNiey..
sEmpaT aku usha ckit2 je
laen x le ak usha sume
n update blik..
k..bye

AddThis Social Bookmark Button


.::awaLan di umaH::.  

Wednesday, May 20, 2009

salam..
i hav no idea 4 updatin my blog
but....
i want 2 tell u that
i'm home now...(O.O)

takde yang menarik pun kat umah..
udah 4 hr aku kat umah..
mkn..mkn..mkn...2 la kje aku kat umah..hehehe
umah aku sekarang ne tengah renovate..
time aku balik umah je, mesti ade ape2 yang berubah kat umah aku tu..
kalau keluasan umah tak berubah, barang2 dalam umah mesti berubah..aiyooo..
ne pun aku kan udah lame baru balik umah..
kalau tak silap aku, last aku kat umah, before raya haji..aku raya haji kat ukm lorr...

1st day kat umh, aku rest je..
2nd day, ak kna jge kdai
(hai..br sehari udah kene jage kedai..ingatkan leh le rest seminggu ke..hehe)
3th day, ak kat umah je..boring nye kat umah..tak tau nak watpe..ulang alik dalam umah je la..
dan hari ne, aku g p.puteh..ade hal nak settle kan..

k, 2 je la tangan aku gatal nak menaip ne
rindu member2 aku sume..
miss n luv u all..

salam n ketemu lagi..peace!!

AddThis Social Bookmark Button


.::tErima kaSiH ku uCapkaN::.  

Saturday, May 16, 2009


Saat ini udah masuk tarikh baru..hari baru
saat ini bertarikh 16 Mei..Hari Guru..

Selamat Hari Guru ku ucapkan pada semua pendidik
dan khususnya buat guru2 yang mengajar ku di sek.keb.tasek pauh dan maahad saniah..
jasamu tak terbanding dan ternilai
tima kasih tak terhingga ku ucapkan atas didikan yang diberikan..

hingga akhirnya aku...
berada di tahap ini
dan, menjadi seperti aku kini

terima kasih ku ucapkan...

AddThis Social Bookmark Button


.::aKu dan 'kiTa'::.  

Friday, May 15, 2009

Memula, aku nak bersorak dulu..nak menjerit dulu..
YAHOO!! YIPPI!! I'M DONE!!

kemudian,
barulah..
Salam..comment allez vous??(ape hal tetiba kuar bahasa perancis ne??)lantak la..tetiba terkeluar..dah lame tak practise cakap bahasa perancis ne..word pun banyak yang udah lupa..ape nak jadi le..mude2 udah lupa..

Ok2..aku bukan nak bagitau pasal ke'lupa'an aku tu..tapi sebenarnya,
aku nak bagitau korang yang aku
udah free sepenuhnye..udah merdeka..
project paper aku udah anta yang berjilid tadi..
hari ini merupakan hari yang padat bagiku..banyak tempat kena pegi..banyak keje nak kena settle kan..
dan akhirnya detik ini aku udah leh lega..lega selega-leganya..

dan,
malam esok aku balik kampung..
dah berapa bulan aku tak balik kampung..
ma..abah, ore balik male esok..

hmm
entah bila aku dapat datang ukm lagi
entah bila aku dapat bertemu muka ngan member2 aku lagi
entah bila aku dapat makan2, lepak2, main2 and have fun ngan korang lagi
entah bila aku dapat bergaduh, bergelak ketawa, ber'sedih' ngan korang lagi
semua ini aku tak tau bila..
harap2 aku berpeluang untuk merasai semua itu lagi..

dan,
kepada member2 ku..
diharapkan persahabatan KITA
kegembiraan KITA
kesedihan KITA, dan
kenangan KITA
selama 3 tahun di sini akan tetap dalam ingatan kita sentiasa..
INGAT AKU SELALU!!

AddThis Social Bookmark Button


.::deTik-deTik iNi::.  

Monday, May 11, 2009

8/5 (juMaat)


*maLam*
beLi noveL Biarlah ym berbiCara, penulis Hanni Ramsul (tetap beli walaupun duit tenGah pokai..huhu)..tetap beli novel tu sebab aku suke novel tu bila mana aku baca dalam
blog penulisnye..sekarang ne udah kat pasaran, so, beli le...

9/5 (SabTu)

*paGi*
kemas barang..check out bilik..g ppbl amik gift yang aku dapat coz aku bantu lecturer aku dlm research diorang (nak tau ape gift nye???hmmm rahsia..:-) )

*t/hari*
peAnut balik..sedeyyyy..

*peTang*
still kemas barang..tumpang bliki leYla sementara nak settle prOject paper

10/6 (aHad)

sepaNjanG hari siapkan prOject paper..nak kena anta esOk..


*maLam*
punGGah baranG2 yang nak bagi abe ya bawak balik umah dia..kuar maKan kat restOran tasik iDaman pahtu..baLik, samBung ngadap prOject paper lagi sepanjang maLam..



11/6 (isNin)

*paGi*
anta prOject paper...selesaiiiiiiii..

dan deTik ini
nak resttttttt...

AddThis Social Bookmark Button


.::ciTe sediH::.  

Friday, May 8, 2009

Bace, hayati n renungi cite ne...

Waktu kecil-kecil dulu, aku sering cemburu pada ibu. Bukan cemburu kerana ibu lebih cantik atau menawan dariku. Tapi aku cemburu bila melihat ibu selalu membeli barang-barang keperluan dirinya yang pelbagai. Ibu selalu membeli baju-baju baru, yang kebanyakannya disimpan di dalam almari usangnya. Boleh dikatakan setiap bulan, ibu akan membeli kain ela baru untuk dibuat baju. Kadang-kadang ibu beli tanpa memberitahuku. Tahu-tahu, sudah tergantung di dalam almari. Pakaian ibu cantik-cantik dan sebagai anak yang sudah meningkat remaja (14 tahun) aku akui rasa cemburu setiap kali ibu menunjukkan pakaian barunya sedangkan aku waktu itu, jarang dibelikan persalinan yang baru.


Satu lagi yang membuat aku sebal dengan sikap ibu ialah, ibu selalu membazir duit dengan membeli barang-barang kemas yang pelbagai bentuk. Cincinnya hampir semua jari ada tersisip. Rantai leher ada lima utas. Yang satu bergulung-gulung hingga ke dada. Yang satu lagi bulat-bulat bagai kepingan syiling lima puluh sen. Ibu sanggup berhutang hanya untuk mendapatkan rantai baru. Aku tidak tahu apa keperluan semua itu. Aku lihat jiran-jiran ibu juga begitu. Kerlipan emas sarat di leher, tangan dan jemari. Aku tidak tahu apakah itu satu pemandangan biasa atau keperluan bagi orang-orang yang seusia dengan ibu.

Yang sebetulnya, aku kecil hati kerana ibu tidak pernah membelikan barang kemas walau sepasang anting-anting pun untuk aku. Aku jadi sakit hati juga kerana kakak-kakakku masih lagi mendapat sekurang-kurangnya sebentuk cincin dari ibu. Biasanya cincin yang ibu rasakan sudah lama dipakai, ibu akan berikan kepada kakak-kakakku, tetapi tidak aku. Ini membuatkan aku betul-betul sakit hati.

"Mak ni, asyik beli rantai... jee... kan mak dah banyak rantai.."Aku membebel satu hari bila mak menunjukkan seutas rantai yang baru dibeli. Juga secara hutang. "Tak apalah Nana, mak saja simpan banyak-banyak. Mana tahu, mungkin berguna satu hari nanti. Lagipun rantai ni ayah kamu dah janji lama nak belikan mak dulu... "Aku muncung dengar mak jawab begitu. "Asyik belikan mak... .aje. Orang punya takde belikan pun... "Aku mencebik. Seharusnya aku anak perempuan yang bongsu patut dilebihkan dalam segala hal. Tapi ibu tidak pernah bersikap begitu. "Ibu belikan kak yah dan kak Ani cincin, tapi Nana ibu tak belikan apa-apa pun... " "Nana kan masih sekolah. Kalau Nana nak pakai barang kemas, tunggu dah kerja esok."Begitu selalunya ibu membahasakan aku. Sakit hati aku.

Tambah sakit hati, bila saja Ayah dapat hasil kebun lebih, ibu menukar rantainya dengan yang lebih besar lagi. Ayah tidak pula marah. Pelik aku dengan sikap ayah.

Lama-lama aku jadi malas untuk melayan sakit hatiku lagi. Bila aku terlihat cincin atau rantai baru dileher ibu, aku hanya diam saja. Aku tidak mahu bertanya apa-apa. Sehinggalah aku masuk ke asrama di bandar dan mengambil SPM. Setiap kali aku pulang dari asrama, aku lihat ibu masih dengan hobinya mengumpul barang-barang kemas.

Bila aku mendapat tawaran belajar di universiti, aku tidak tahu sama ada ibu gembira atau sebaliknya. Kerana dalam keluarga belum pernah ada anak-anaknya yang berjaya belajar di universiti. Aku tidak kisah kalau ibu tidak berbangga dengan hasil usahaku kerana sedari kecil memang cita-citaku untuk ke universiti begitu kuat sekali. Kini hasratku itu telah tercapai dan tiada apa lagi yang lebih menggembirakan selain kejayaan ini.. Aku sudah boleh hindarkan perasaan cemburu andai ibu lebih sayangkan kakak-kakakku atau ibu lebih sering membelikan pakaian atau perhiasan untuk mereka berbanding aku. Memang aku bukanlah manja sangat dengan ibu kerana 3 tahun aku di asrama. Sepanjang tempoh itu aku tidak kisah lagi kalau ibu tidak belikan langsung apa-apa untuk aku. Aku tidak perlukan barang-barang kemas begitu dari ibu. Aku boleh beli sendiri bila aku sudah bekerja nanti. Yang penting aku sudah buktikan yang aku lebih bijak dari kakak-kakakku yang lain.

Masuk tahun kedua pengajian, aku sering mengalami lemah badan dan pening-pening yang keterlaluan. Kadang-kadang aku terpaksa ponteng kelas dan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajaranku. Aku tidak pernah mengadu pada sesiapa walau dengan ibu. Kerana aku tidak pernah merasakan ibu akan memberi perhatian kepadaku. Sehinggalah aku pitam sewaktu beratur mengambil makanan dan hanya tersedar bila merasakan genggaman di jemariku. Wajah ibu yang penuh garis-garis halus itu aku tatap pilu dan terasa ada getaran dalam dadaku. Betapa aku tidak pernah membelek wajah itu sungguh-sungguh sebelum ini. Dan baru aku sedari betapa berbezanya wajah ibu kini.

Aku cuba bersikap seperti biasa bila doktor memaklumkan akan keganjilan darahku yang menyebabkan ia tidak dapat mengalir senormal mungkin. Penyakitku belum diketahui, tetapi darahku harus dicuci. Aku juga harus menjalani pembedahan dibahagian buah pinggang. Sejak itu ibu mengunjungiku saban hari. Dia membawakan apa-apa saja yang dirasakan menjadi kegemaranku. Suatu hari, bila ibu bawakan aku lepat pisang makanan kegemaranku aku jadi begitu terharu lalu aku menangis teresak-esak. Tapi aku hanya menangis dalam diam-diam. Aku terlalu menghargainya tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan. Aku tidak mahu dia melihat aku seperti terlalu berharap akan kasih sayangnya.

Saban hari ibu menemani dan menyuapkanku makan, aku mula sedar betapa ibu juga menyayangiku, cuma mungkin dia tidak atau kurang menunjukkan perasaannya. Aku jadi malu kerana sering beranggapan ibu menyisihkanku. Beranggapan yang ibu tidak mengendahkanku semata-mata kerana dia tidak pernah membelikan apa-apa untukku. > >



Setiap kali ibu ingin pulang, aku teringin sekali memeluk dan mencium pipi ibu, tetapi aku rasa janggal dan malu untuk melakukannya. Aku hanya mampu mencium tangan ibu seperti selalu.

Aku tidak mengharapkan ibu menemaniku setiap hari. Bukan kerana aku tidak suka, tetapi aku tidak mahu dia menghabiskan wang semata-mata untuk berulang alik dari rumah ke bandar. Pendapatan ayah bukanlah besar sangat. Tambahan adik lelaki masih belajar di menengah. Pembedahanku pula terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan wang. Aku terpaksa mendahulukan wang biasiswaku tetapi ia masih tidak mencukupi.

Semalam, ibu tidak mengunjungiku. Hari ini juga tidak. Hanya Ayah yang terpacul tengahari itu dengan membawa khabar gembira. Wang yang dikumpul telah mencukupi dah aku akan dibedah secepat mungkin. Bila aku bertanyakan ibu, Ayah menyatakan ibu tidak berapa sihat dan tidak dapat datang. Aku menunggu hari esok dengan sabar.

Pagi itu aku disorong ke bilik pembedahan. Aku tidak tahu berapa lama pembedahan tersebut. Bila tersedar aku melihat wajah ayah dan kedua kakakku di sebelah. Aku mencari wajah ibu tetapi tiada. Sedang wajah-wajah didepanku terlihat mendung dan muram. Aku tidak tahu apakah mereka tidak gembira melihat aku selamat dibedah.

"Mak mana, ayah?'Aku bersuara perlahan. "Kenapa mak tak datang?" Ayah tidak menjawab sebaliknya hanya memandangku dengan mata yang mula berkaca.

Setelah berkali-kali aku bertanya, Ayah memelukku erat sambil berbisik ditelinga. Aku terjelepuk dan tidak sedar diri selepas itu.

Kata ayah, ibu baru semalam disemadikan. Ibu tidak dapat diselamatkan setelah parah dilanggar motorsikal dari belakang. Aku tidak dapat menahan hiba bila ayah menyatakan, ibu baru saja beberapa langkah keluar dari sebuah kedai pajak apabila tubuhnya disambar motorsikal yang dipandu laju. Ibu dikejarkan ke hospital dan sempat menyerahkan bungkusan itu sebelum menghembuskan nafas.

Kata ibu, bungkusan itu untuk aku. Tanganku terketar-ketar saat membuka bungkusan kain perca itu. Terlihat sebentuk cincin halus yang bermata satu. Cincin itu untuk aku. Ibu telah menebus semula cincin itu untuk dihadiahkan kepadaku. Bila aku harus menjalani pembedahan, dan wang yang terkumpul masih belum mencukupi, ibu telah menggadai semua barang-barang kemasnya hingga tiada satu yang tersisa. Hanya tinggal cincin itu untuk diberikan kepadaku. Ibu bercadang untuk memberikannya kepadaku bila aku sembuh nanti.

Akhirnya, ibu berikan juga aku sebentuk cincin. Bukankah itu yang selalu aku harapkan selama ini? Adakah ia telah dapat membayar segala rasa iri hatiku selama ini? Tiba-tiba aku rasa dunia ini begitu sepi. Aku rasa seperti telah ditinggalkan jauh oleh orang yang amat aku perlukan .Kenapa baru sekarang aku sedar segunung intan permata pun tidak akan mampu menandingi kebahagian memiliki seorang ibu. Dan segunung intan permata juga tidak dapat membayar air mata seorang wanita yang telah melahirkan aku.

p/s: hargailah ibu anda sebelum anda kehilangannya...To my mum: i love u, mum..n Happy Mother's Day..

AddThis Social Bookmark Button


.:;nGanTuk laGi ke::.  

Thursday, May 7, 2009

aKu: "ngantuk seyyyhh..mate ne udah tak larat nak bukak.."

tak Tau sape: "hai..baru bangun pun ngantuk lagi ke??"

aKu: "2 la pasal..mate ne udah ngantuk, nak wat camne..3,4 hari ne memang aku tido tak stabil..tak tido malam.."

tak Tau sape: "yang ko tak tido malam asal?"

aKu: "aku wat keje le..wat project paper..2hr berturut2 aku tak tido malam..naseb baek malam exam photography tu aku tido..nak jawab exam kene le tido yang cukup"

tak Tau sape: "iye la tu ko..malam tadi ko kan udah tido"

aKu: "memang le tido..balik bilik pun kul 1 lebih.. lepak2 n celebrate besday liza tu..time tu pun memang ngantuk giler.."

tak Tau sape: "petang tadi ko kan udah tido lagi"

aKu:"memang le..lepas je balik dari karoke, terus aku tak sedar diri..tido..sedar2 udah kul 7 lebih"

tak Tau sape: "haaa..tido lagi..ko ne banyak tido ne"

aKu: "ye ke?aku rase tak de le banyak tido..cuma mase tido aku tak stabil je..selama ne siang hari, petang2 ke mane ade aku tido..jarang sekali je, tu pun bile udah ngantuk sesangat..biasenye aku tido malam je..tu yang awal je tido..tapi kebelakangan ne, asyik tido petang je..aturan mase tido aku udah tak stabil.."

tak Tau sape: "ko la yang wat ia tak stabil"

aKu: "nak wat camne..dah gini..dah jadi..tak pe lah, balik umah nanti, mesti mase tido aku teratur macam dulu2..kul 9,10 udah tido..haha.."

tak Tau sape: "iyela..ne ngantuk lagi ke?"

aKu: "memang ngantuk lagi.."

tak Tau sape: "dah ngantuk,g tido je le.."

aKu: "k la..ak tido dulu..kang lewat2 kang aku bangun plak..tu pun kalu aku tersedar atau rajin nak bangun plak"

tak Tau sape: "iyela"

aKu: k.gud nite"

tak Tau sape: "nite"

p/s:aku memang ngantuk ne..aku tido dulu..nite semua..wokeh aku chow dulu..

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster