.::esOk bermuLanya jaduaL Baru::.  

Monday, April 2, 2012

Salam..

Hari ni cuti..cuti perayaan cheng Ming.dan aku hanya di rumah sahaja,tak ke mana-mana pun..lagipun nak ke mana je,sorang2..tambahan lagi plan untuk minggu ne dan minggu2 seterusnya belum ada lagi. Belum coret-coret lagi. Haha semalam kan cuti. Awal paginya cadangnya nak pergi joging dengan housemate. Jalan kaki hinggga ke lrt Universiti, lepas tu amik lrt ke Taman Jaya. Berjoging di sana. Memang baekk punya plan kan??Sekali, hampeeehh..hukhuk. Memang salah aku pun. Tak sedar diri melayan novel yang baru dibeli. Kul 4.30pagi baru lesai baca novel. Paginya memang tersedar awal tapi bila pikir2,aku tak cukup tido,mau berjoging..kang tak pasal2 pengsan time joging. Sebabnya tak cukup tidur. Nak menempah bala ke??Taknak la aku. Memang tak pernah aku pengsan pun lagi,dan memang aku tak mau yang tu terjadi kat aku..So, cancel joging pagi tu..Rehat kat umah je berdua dengan housemate..And, petangnya,nak tau apa yang kitorang buat??Haha..belum apa2 dah gelak dulu. Petangnya kitorang pasang vcd..Masing2 ambil tempat..And kitorang tiru apa yang dalam vcd tu..Nak tau apa kitorang buat??haha kitorang buat reggae exercise..eh betul ke ejaan reggae aku tu??lupe la camne eja nya..Frankly speaking aku pernahlah buat exercise ne mase dulu2,senaman aerobik dulu. Tahu beberapa step tapi kena la ada instructor di depan. Huhu..Tapi aku tak tau la pulak namenye reggae. Baru ku tahu..

Dan, untuk pengetahuan esok bermulanya jadual aku..sudah ada jadual baru untuk mengajar. 2 bulan lebih la baru kitorang dapat jadual. Tunggu sehingga gstt tamat perkhidmatan diorang, baru kitorang diberi jadual baru. Tahu ke gstt tu apa??guru sandaran tidak terlatih la..Diorang habis hujung bulan 3. Kiranya selama tempoh 2bulan lebih tu bolehlah dianggap sebagai bulan honeymoon kitorang. Sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, dengan guru-guru,murid-murid..Ya, tempoh itu mungkin agak lama bagi sesetengah orang untuk berhoneymoon kannn??Mungkin jugak tempoh yang singkat untuk mengenal sesuatu yang baru..depends on you..

And, untuk ingatan juga,whether this week or next week i'll have an observation by penyelia petang. Dengan kata laennya pencerapan..Untuk sesaat aku termangu..1st time dengar perkataan ne aku tak tau apa maksudnya. Apa tu pencerapan??takde pun dalam vocab aku. At last baru ku tahu..Rasanya dah lama aku tak dapat vocab yang baru..Kena banyak membaca lagi bagi memperkayakan perbendaharaan kata aku ne..Aku amat jeles dengan mereka yang bahasanya, bual bicaranya, akal fikirannya yang mencerminkan keperibadiannya yang tinggi. Santun bicaranya..Tak macam aku yang tunggang terbalik. Huhu. Ok. Full stop.

AddThis Social Bookmark Button


.::di kampunG#1::.  

Monday, March 12, 2012

Ok, sekarang ne cuti sekolah.Dah memang pun cuti sekolah, aku for sure la mestilah dah ada kat kampung.Sunyi je bila ada kat kampung..kat kampung pun sunyi, kat rumah pun sunyi. Penghuninya cuma 4 orang..abah,ma, mok(nenek sebelah ma) dan adik yang bongsu.Ditambah aku seorang jadi la 5..Tengok angka rasa macam ramai jugak bila kumpul ye, boleh wat gempak tapi kat umah ne takdela macam tu. Masing-masing ada port tersendiri..Yang cuma boleh dengar ialah Hot fm..Seluruh isi rumah ne boleh dengar Hot fm..Maklumlah tu je lah yang boleh menghiburkan hati, yang boleh melayan..Nak tengok tv tak boleh on, dah rosak sebab dah lama tak bukak..Sambil layan lagu, pilih2 majalah, novel di rak. Dah dapat apa yang nak, landing kat sofa. Mata ngadap buku. Habis 2 novel, bila novel ke-3 mata makin tutup..layan zzzzzz la jawabnya..

Ok, sekarang ne hujan kat umah. Dari tengah malam tadi menyambung ke pagi ne..pagi ne apa sarapan??Ok, teh o dah ada kat meja makan,cuma makannya kena ambil sendiri la..pandai-pandaila cari makan..Buka peti ais, tengok ada pauh lemak yang dah siap berhiris..Apa lagi, capai yang tu la..Ai, pagi2 dah makan asam,ma tegur..Takpe ma,bukan masam pun..Pinggan pauh tu bawak ke ruang tamu..capai paper,dengan tangan sebelah lagi capai pauh..Hot fm masih berkumandang di sisi..Wah,mantap..3 perkara dalam satu masa..Mata membaca paper,mulut mengunyah pauh,telinga mendengar radio..Ala, apa nak diherankan..pompuan..Pompuan boleh fokus lebih dari 1 perkara dalam 1 masa..tak sama ngan laki yang hanya boleh fokus 1 perkara saja pada satu masa..Apa kaitan ngan laki plak ne??Sori, takde kaitan apa2,cuma teringat apa yang dibaca semalam..

Ok, sekarang ne dah hampir kul 10 pagi. Ma dah panggil suruh bungkus ketupat..ap2 pun, saya pergi bungkus ketupat dulu la sebelum sambung ne lain kali..

Ok, saya gerak dulu..

AddThis Social Bookmark Button


.::ranDom::.  

Friday, January 27, 2012

Salam..sepanjang 2 minggu ni macam-macam perkara berlaku. 16hb yang lepas aku dah pergi PPD untuk ambil memo penempatan dan terus ke sekolah untuk lapor diri. dah dapat tahu pun sekolahnya, area PJ..sekolahnya besar dengan bilangan muridnya 3ribu lebih. sekolah tu ada sesi pagi dan sesi petang. masa lapor diri, baru aku tahu rupanya ada 12 guru baru yang lain yang sudah lapor diri. jadi semuanya 13 orang termasuk aku. terlebeyyy sudah gurunya..maklumla yang di kalangan 13 tu, Malay nye 7 orang termasuk sorang ustaz. Dia dah tak apa sebab sekolah tu memang perlukan ustaz,guru agama. Yang 6 orang lagi termasuk la aku ne optionnye BI. memang ramai la kan?? so, yang tu, urusan pihak atasan, jadi tak nak la kacau ye. biar diorang uruskan..kitorang kena bagi dokumen, sijil2 kepada pihak sekolah.

menurut GB, sepanjang minggu tu semua yang baru datang sesi pagi..penempatan semula, 1hb ne baru tau samada stay situ ataupun sekolah lain. kata GB lagi, sekolah sebelah (sekolah kebangsaan), diorang tak cukup guru BI lagi 4 orang. so maybe ke sebelah atau pun mana2 ikut pihak atas. tapi, aku selepas 2 hari, kena sesi petang. yang lain (yang malay) semuanya pagi. kiranya aku ne dah tetap dah kat sekolah tu la..tapi tak tahu la kot2 ada berubah lagi. yang lain tak sure lagi.oh ya, aku ne sebenarnya ngajar di SJK(c)..

Aku di area PJ. sepanjang seminggu persekolahan tu, aku tumpang di rumah akak kerani sekolah tu. sementara mencari umah sewa, dapat umah sewa ke bilik sewa ke, tumpang umah akak dulu.kesian kat akak kerani tu sebab aku dia balik lewat.aku takde transport.dia kejenye kul 8-5pm..pagi2 aku turun sekali ngan dia walhal aku sesi petang.duk di sekolah tu sampai la ke sesi petang. petang, akak tunggu aku plak sampai habis sekolah.kesian, letih dia dengan jalan jam lagi..tak seronoknya nyusahkan orang. kena cari umah sewa cepat2 dan tak mau nyusahkan orang lain lagi..lagipun kak na tinggal ngan adik laki. tak elok la lame2 tinggal sana..

sedang berusaha mencari umah/bilik sewa. tak kisah mana2 pun asalkan senang transport nak pergi balik sekolah..

seminggu sekolah, seminggu lepas tu jugak cuti sekolah sempena Tahun Baru cina..aku balik kampung. memang la tiket bas dah takde, tapi aku balik tumpang abang sepupu. lagipun ma abah lum balik lagi, diorang tunggu gerak sekali ngan aku. so, lepas je habis sekolah petang jumaat tu, terus je pulang..jalan jam memang tak usah cakap la..ngan orang baru balik keje, ngan orang nak balik kampung, ngan hujannya..

ne dah seminggu aku di kampung. di umah kampung pun, agak bz..akak masuk wad coz demam.dah seminggu la jugak dia masuk wad. aku bergilir-gilir ngan abah, ma n adik yang di kedah(dia pun cuti jugak, tapi dah pegi tempat dia pun rabu lepas) teman, jaga akak. dan, ne merupakan 1st time aku menjaga orang sakit di wad dan bermalam di sana..sebelum ne mana ada..

dan, 3 hari lepas jugak laptopku wat hal..balik pagi dari hospital adik bagitau laptop ada problem, tak boleh bukak windows..try tengok, memang pun.asyik restart je..windows nye tak boleh bukak..so, bawak pegi kedai la..dan semalam udah ambil..RAM nye rosak..so, install RAM n backup data la..sekarang ne disk c dah tak boleh guna, yang D je yang boleh guna..laptop ne pun memang dah lame..rasenye dah 5tahun kot..byk yang rosakknye..tapi harap2 boleh bertahan lama lagi la laptop ne..saya sayang kamoo..

anyway, saya dah beli tiket bas nak g sana plak..dah nak habis pun cuti nye..kejap je, rase macam tak puas..ape pun, memang kena gi sana jugak..

rasenye belum terlambat tuk saya ucapkan

Happy Chinese New Year tuk kalian yang merainya
Congratulation tuk kalian yang baru melangkah ke alam pekerjaan
Happy Wedding Day tuk kalian yang menamatkan zaman bujang
dan tak lupa juga buat akak,moga cepat sembuh..

all for uols...

AddThis Social Bookmark Button


.::saya Tahu, saHabaT::.  

Monday, January 9, 2012

saya tahu, sahabat
sahabat semua sedang menanti keputusan tu
di mana,bila
akan sahabat dapat mula menyemai bakti

saya tahu, sahabat
sahabat semua sedang ternanti-nanti
dari mula dapat khabaran itu
petang, menganjak ke malam
menanti bila ia diumumkan

saya tahu, sahabat
sahabat semua dah tak sabar menanti
perkhabaran itu dengan degupan jantung
dan hati yang tak tenang

tapi,
saya tahu, sahabat
sahabat semua akan menanti dengan penuh sabar
kerana saya juga sedang menantikannya
dengan penuh sabar

p/s: same2 la kita menunggu result posting kuar ye??hehe

AddThis Social Bookmark Button


.::tenTanG Dhia::.  

Thursday, December 29, 2011

hari ne hari khamis,29 Dis 2011..kat fb ramai orang sibuk post Tentang Dhia, drama melayu yang last episodnye hari ne..macam2 post ngan commentnye..menyentuh hati sampai menangis la..ramai sungguh peminatnye ye..sori la aku memang tak tengok cite tue..drama melayu memang aku kureng ckit..adik aku peminat setia cite 2..kul 7 udah duk ngadap cite 2..
oh ya, tadi sempat aku tengok cite 2..maklumla aku tau cite 2 hari ne yang ade pun kalu nak tengoknye..dan aku pun tengokla,tak mau ketinggalan..nanti bile sembang2 ngan membe2 aku taula ckit2 pasal cite 2,dan aku boleh cakap aku ada tengok d last episode walaupun secoet je yang aku tengok..tengok kejap,masuk bilik..dengar macam scene yang best je, kuar balik tengok tv..macam 2 la ulang aliknya..huhu.
Dhia meninggal..dan, tak disangka husbandnya pun meninggal jugak kerna stroke..akhirnya,diorang sehidup semati..so touchin.bagi sesape yang menghayatinye la..bagi aku ne,ape feedbacknye??

"oloh,jate dio pun mati jugok ke??
"mati sebab strok???hmm.."
"mok mertua dio lagu mano??"
2 la yang lastnye..
Tentang Dhia..
hmm

p/s:ade sape2 nak wat Tentang Mona tak??tapi saya tak nak sad ending, nak happy ending.hmm..

AddThis Social Bookmark Button


.::saya suDah inTerview!!::.  

Thursday, December 8, 2011

salam...
akhirnya, dah lepas semua..rasa macam dah lega dah..dah tak perlu dah nak pening kepala,serabutkan kepala,walhal aku bukannya banyak fikir, terlampau fikir pun..huhu..

tapi, aku tetap nak bagitau
yang sebenarnya...dragonball ada 7 biji semuanya.ceh ke situ plak..itulah padahnya baca novel yang kerjanya buat lawak antarabangsa hari-hari je..huhu..sori ek kepala tengah sengal.
yang sebenarnya, gini..2 hari lepas aku baru je selesai interview spp..dan, bila dah selesai inteview itu barulah aku rasa macam dah boleh relaks, dah boleh tarik nafas lega dah..yela, kalu tidak tak habis-habis dengan baca buku, study je..aku rasa sepanjang hidup aku selama 25 tahun ne habis masa dengan study je..baca buku, exam..ne bila dah lepas interview ne rasanya tak ada lah aku rasa macam study jadi student lagi..umur 25 masih bergelar student lagi...tahun depan rasanya aku dah boleh tukar status itu..student kepada teacher..ahaks..

tunggu tahun depan ye..insyaallah..tunggu result exam dengan posting je ne..harap2 dapat la aku bergelar status itu..dan juga status bergelar seorang isteri..hmm gatal juga aku ye..ahaks..
tapi memang nak tukar status itu pun..insyaallah..

dan, sebenarnya aku baru je sampai kampung petang tadi..lepas interview je terus chow ke kl..semalam tengok Ombak Rindu ngan Breaking Dawn..hari ke-7 baru tengoknye..almaklumla ak tak berani nak pergi bersuka-ria sebelum interview tu..takut kang apa2 jadi menangis tak berlagu plak..bila dah lesai semua baru lah boleh bersuka-ria ye tak??setuju tak kawan2??angguk kepala je kawan2..
hah sementara masa banyak terluang ne, rasanya aku akan isinya dengan membaca novel..almaklumla banyak novel yang aku beli tak baca lagi..beli aje tapi tak baca pun lagi..tapi yang semalam punye yang baru aku beli 2buah aku udah khatam dah..sempat lagi membeli tu..haha..almaklumla hidup aku tak sempurna tanpa buku..

ish rajin plak aku mengupdate blog ne ye..ape pun layanzzzz..

AddThis Social Bookmark Button


.::tiaDa kaTa::.  

Saturday, November 12, 2011

tahap keboringan aku makin melampau-lampau time ne..memang boring tahap maksima..tak tau nak buat ape dah..dari petang melongok ngadap lappy ne je..sudehnye mulut tak habis2 mengunyah..sampaikan ciku pun jadi mangsa mulutku jugak..memang la tahap selera aku makin bertambah sejak 2menjak ne..memang terasa kenaikan lemak2 nye..lemak2 terkumpul..hai..atk nye, tahun depan kite diet ye..tahun ne tak boleh lagi..tak keje lagi..mase banyak free hujung tahun ne..tak banyak bergerak..tahun depan bile dah keje baru leh diet,k ???

cik mona, awak rileks lagi ye..orang laen dah bertungkus lumus study..awak masih lagi rileks tak bace ape2 pun..dah la exam lusa je..ingat senang ke Ilmu Pendidikan tu..banyak yang kena hafal teori..mak aihhh, sesenang dia je ye..mase yang boring tu, penuhkan la ngan bace buku tu..ade la jugak manfaatnye..

haisshh..boring la kak..mood nak datang bace buku tu tak datang2 lagi..nanti bile dah datang mood tu, saye bace ok??

sekarang ne mood nak ber calling2 ngan si dia, nak dengar suara dia..tapi si dia bz plak..bz berkaroke, bukan bz ape pun..aci tak kalu saya merajuk ngan si dia??uwaaa..
pikir 2-3minit dulu..

AddThis Social Bookmark Button


.::KL--->PP--->KL--->PP & seterusnya::.  

Friday, November 4, 2011

k.lipis------>p.puteh
p.puteh----->k.lipis


akhir-akhir ne kena ulang alik je dari k.lipis ke p.puteh..p.puteh ke k.lipis plak..ne esok dari k.lipis nak ke p.puteh plak beraye kat kampung..duk 3 hari kena datang k.lipis plak ade exam..7 hari kat k.lipis balik p.puteh plak..seminggu duk p.puteh kena datang k.lipis plak ade KISSM..4 hari kat k.lipis balik p.puteh plak..pah seminggu datang k.lipis balik ade interview..mak aihhh memang sakit kepala macam ne..allowance bulan ne habis tuk ulang-alik je..haih

tapi ape2 pun, moga selamatlah perjalanan pergi balikku..

AddThis Social Bookmark Button


.::aGak leGa..eh,bukaN!::.  

Thursday, September 29, 2011

agak lega..eh!bukan agak lega.tapi memang legaa..dah lepas final observation tadi..
cuma tinggal seminggu lagi nak habis praktikum..minggu depan dah boleh bernafas dengan lega seleganya..;-)

tu je nak bagitau kali ne..

p/s:'he' told me that he want 2 get engaged wit me next year(Feb) b4..suddenly yesterday he told me 2 do it at d end of dis year..how????

AddThis Social Bookmark Button


.::enTahlah::.  

Friday, July 22, 2011

semalam
aku dengar cikgu kata
kalau datang lambat ke sekolah
tak tahu apa yang cikgu ajar
tapi hari ini aku jugak, datang lambat lagi
entahlah...

semalam
aku dengar cikgu kata
kalau tak buat latihan
nanti periksa mulut terlopong
tapi hari ini
aku jugak , tak buat kerja
entahlah...

semalam
aku dengar cikgu kata
kalau buang sampah merata-rata
harga diri jadi rendah
tapi hari ini
kulit gula-gula aku campak kat tangga
entahlah...

semalam
aku dengar cikgu kata
hari ini, aku akan dengar lagi cikgu kata
entahlah...
(Tn. Hj. Kamaruzaman Moidunny)

p/s: i found this when i'm searching info for EE assign..like it!!!


AddThis Social Bookmark Button


.::nUri nexUs::.  

Tuesday, July 12, 2011

petang tadi
---
---
---
~Nuri Nexus~
---
---
---
12/7 - 288
---
next
--
128

AddThis Social Bookmark Button


.::firsT day @ scHool::.  

Monday, July 11, 2011

hmm..
---
first day at school..
---
----

AddThis Social Bookmark Button


.::samsunG cHamp (GT 3303i)::.  

Wednesday, July 6, 2011


h/p yang baru kubeli
samsung gt c3303i
harganya murah, cute aje 2 yang tertarik nak beli
touchscreen
berat hanya 90 grams
camera,1.3 mega

1st time try yang samsung punye
yang kuguna sekarang sony ericsson
C510
lagipun fon ku skrg bateri asyik kong je..
2 yang ade hati nak beli yang lain
haha..

tapi sony tetap pilihan ku buat mase sekarang
functionnye yang d best
yang ne sampingan saje
bile2 nanti aku tukar je bateri sony 2..
jadi la 2 fon yang b'fungsi dengan elok
dan, tuk persoalan, perlukah aku beli sim card baru
sekarang cuma ade 1..
fon plak ade 2..
hmmm..

p/s: tangan ne dah la selalu berpeluh,kuat berpeluh..ne pakai yang touchscreen plak..camne 2??

AddThis Social Bookmark Button


.::masUk dewaN laGi::.  

hari ne tak masuk kelas lagi coz ade
"Executive Talk"
sempena Majlis Anugerah Cemerlang 2010
IPG KTAA

semua masuk dewan..
malam tadi, kitorang group KPLI udah masuk dewan
ade taklimat praktikum
pagi ne pun masuk dewan lagi
tapi dewan darul makmur la
malam tadi dewan kuliah..

3minggu sebelum prakticum ne memang penuh
penuh dengan kelas lagi
kelas ganti lagi
taklimat lagi
majlis yang dianjurkan pihak ipg lagi
rase macam rushin je..
padat je..
walhal jadual sem ne takde la padat sangat

dan dengar khabarnye, esok ade kursus gigi
betul ke??
KU, betul ke??
hmm???

p/s:jap tadi nak jumpe supervisor tapi ade meeting plak..esok la plak jumpenye..

AddThis Social Bookmark Button


.::SJK (C) Chung Hwa:..  

Friday, June 24, 2011

baru jap tadi aku pergi m'usha sekolah tempatku paktikal
SJKC Chung Hwa, K.Lipis..
dekat je..tak sampai 10minit pun dari ipg
rasenye aku stay kat college kot..
tak perlula susah payah nak cari umah sewa
nak punggah barang lagi
dan, dengar khabarnye umah sewa kat k.lipis ne mahal..
jadi, stay kat college je kot
tapi, memandangkan kitorang b'2 takde transport, so sewa taxi je la kot
tuk 3 bulan tu..

SJK (C) Chung Hwa, tunggu kedatangan kami ye
11/7 ne..
tunggu tau..
:-)

AddThis Social Bookmark Button


.::cinTa, hanTu dan keseTiaan::.  

Tuesday, May 31, 2011

cinta bagaikan gurauan dalam kehidupan. kadang-kadang buat kita ketawa kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan jugalah buat kita memahami pelbagai emosi...

kalau yang mencantikkan lukisan itu adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan dah semestinya cinta kan..??,,,,

tapi cinta ni boleh juga dispesifikasikan sebagai "hantu", semua orang percaya tetapi tak semua orang akan jumpa..

jadi setialah ngan cinta masing-masing...kerana dengan KESETIAAN itulah kita dapat hidup dengan orang yang kita cintai hingga ke hujung nyawa.

**petikan dari dOktor cinTa**

AddThis Social Bookmark Button


..:dOktor cinTa:..  

Monday, May 30, 2011


baru aje menghabiskan masa ngan membaca novel Doktor Cinta karya Dyadila..haha best citenye..kelakar..tapi part yang sedih pun ade gak..sampai air mate ne berguguran la turun ke pipi..naseb tak banjir je bilik tu..huhu..

bahasanye sempoi..dan aku suka ngan watak mazliana..pandai bawak diri dan pandai menyenangi orang lain..kirenye orang lain yang mendampingi dia akan berasa hepi, sentiasa tersenyum melihat gelagat dia..n dia jugak suke tolong orang yang dalam kesusahan..dia memang simple,sempoi dan selambe..

aku suke ngan dia..alangkah indahnya hidup bila dapat berkenal dengan dia dan jadi sebahagian dari hidup ne..mesti hidup ne penuh ngan warna warni kan???hehe..dapat kenal dia sebagai kawan, sebahagian famili pun udah bagus..huhu..ade ke patut watak yang dalam cite nak dijadikan macam tu??tapi, tak mustahil kan???mane la tau kot2 ade insan yang macam tu..cume aku je yang tak menjumpainye..alam semesta ne kan luas...

tapi, mungkin watak tu ade persamaan jugak ngan aku..dari segi ape ye??huhu entah..biarla orang di sekeliling kita yang menilainya..walhal kita sendiri da tau kita macam mane tapi janganla bongkak diri..ahaks...

k jangan tension2...tiru la macam maz..sempoi aje..tapi hasilnye memang gempak..enjoy ur life..
n me too..hehe

AddThis Social Bookmark Button


.::Oh cuTi Oh kampuNG::.  

Sunday, May 29, 2011

cuti..cuti..cuti...
:-) :-) :-)
sukenye aku
leganye aku
dah boleh balik kampung..
ne udah kat kampung pun
leh nikmati keindahan kampung
leh hirup udara kampung
dan leh jumpe ngan orang kampung..
hehe..

tapi
yang penting sekali
leh duk umah
ade abah,ma,akak n adik
walaupun semua busy tapi
lain bila berada di kalangan famili..

3minggu aku cuti
bermula 28/5-19/6
lame jugak ye
dan akan aku manfaatkan cuti ne
dengan...
dengan ape ye??
hehe..

tapi cuti2 ne memang banyak kenduri kan???
2 la antara plan aku sepanjang cuti ne
sama ada aku g kenduri kawen makan gulai
ataupun aku sendiri yang kawen..
huhu

kla.. setakat ne dlu..

AddThis Social Bookmark Button


.::so, anybOdy Can heLp me??::.  

Sunday, May 22, 2011

yarkkk..macam mana nak menghilangkan lenguh2 dan sakit badan ne..
sape yang tau leh tolong tak??
aku bangun pagi tadi terus rase lenguh2, sakit seluruh badan
pekena main hoki semalam la kot..
ade hockey tournament semalam..
pagi ne baru terasenye..
nak berjalan pun susah
nak bergerak pun susah
tak larat rasenye..
dah lame tak exercise gini la jadinye..

aku bukannya tau sangat pasal tip2, petua ne
hentam saje..
wat dunno je
last2 ilang gitu je sakitnye
paling2 tak klu aku sakit pun cume telan pnadol je
sakit2 ape pn tlan pnadol je yg aku tau
2 pun pnadol biase je
lagipun bukan selalu aku sakit
jarang sekali
jadi aku memang tak berapa nak tau pasal ubat2 ne
tak berapa nak amik tau...

so, anybody can help me???
ke sepatutnye aku wat dunno je..
biar ia ilang sendiri..
hmm??

AddThis Social Bookmark Button


.::ape mOtifnye??::.  

Wednesday, May 4, 2011

ye..bila terpandangkan tiket wayang yang kulekat di board tempat mejaku study, tiba2 aku teringat pasal movie yang aku tengok dengan si dia 3hari lepas..memang tak berhajat nak tengok wayang pun..dan, memang tak tau wayang apa yang ada di pawagam sekarang..tak selidik pun dulu..

dan,
disebabkan masa yang betul2 jeles dengan kitorang, kitorang tak ade banyak pilihan..kitorang pilih tengok cite seram..filem Penunggu Istana..si dia yang pilih..ok fine..aku hanya ikut je coz dia memang nak tengok cite seram..saje nak takutkan aku la 2..huhu

tapi,
apa yang kitorang dapat lepas tengok cite 2??
takde motif pun..aku tak tau ape motif cite ne..

dan,
tak seram pun..
lagi ngantuk ade la..

apa motifnye ye??ade sape2 yang leh bagitau aku??


AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster